Tuesday, 22 April 2014

perempuan bingung

Saat ini aku masih keliru dengan sayang kamu,
Saat ini, aku tertanya tanya apa sayang kamu itu wujud,
Ah, sampai harini aku masih bingung,
Saat ini aku memaksa untuk percaya bahawa sayang kamu pasti.

Kalau aku mati....
aku tinggalkan ini untk kamu. Biar kamu tahu setiap aku tulis adalah tentang kamu..

Sunday, 5 January 2014

sebenarnya 91 hari.


harini 91 hari, sambil duduk memerhati manusia. aku menaip!

sebenarnya sayang fikiranku bukan disini, melihat pandangan 
kosong membuatkan aku temermenung. senangnya menaip,
sehingga perlahan lahan aku dapat hidu rasa ini pergi ..

sebenarnya sayang 91 hari yang lalu, aku masih simpan.
boleh di kata sehingga ke hari ini aku masih lagi teruja.

sebenarnya sayang, 91 hari baru saja bermula.
aku masih pegang rasa yang mengalir itu

sebenarnya sayang, 91 hari ni. aku bertambah penat
tapi aku masih kuat walaupun berat.

sayang, 91 harini baru saja bermula
tapi sayang baru semalam tongkat aku kau patah.

sebenarnya sayang, 91 harini aku kecewa.
pergilah rasa, dan jangan pernah kembali..

-perempuanoct-





Monday, 16 December 2013

SABAR

saya harap, tahun baru yang akan menjelang tiba nanti azam baru akan bermula. kebetulan berazam dekat dekat tahun baru jadi nak jadikan starting. kesian tahun baru. saya tahu, nak jadi perempuan kuat memang tak mudah. tapi ini akan saya buktikan pada diri saya nanti.dan setiap kali..

setiap kali, saya memanggil manusia sebanyak "117 missed call" tiada jawapan tanpa alasan yang kukuh. saya akan sabar dan cakap takpe benda kecik je. sambil kesat air mata.

setiap kali, kesalahan yang orang lain buat. mungkin juga saya yang akan kena percikan tu. saya akan tampar  pipi sendiri secara perlahan lahan berulang kali dan katakan sabar benda kecik je.

setiap kali, saya di dalam kecemasan, memerlukan pertolongan seseorang tapi hampa dan kecewa. saya akan duduk ditepi jalan tarik nafas.. dan cakap sabar benda kecik je.

dan setiap kali, saya bersabar dan cakap benda kecik je. saya harap saya akan jadi perempuan yang sabar dan perkasa. dan setiap kali saya nak marah saya akan masuk entri ni supaya saya ingat apa yang saya harapkan dalam diri ni, biasalah manusia kadang kadang janji capati.

TUHAN TOLONG SAYA

-perempuanoct-

Thursday, 5 December 2013

MEMORI HILANG

masih ingat lagi hal sering membuatkan kita gembira
sehinggakan tak ada kata kata ingin aku gambarkan

masih ingat cerita cerita cinta yang kita kongsi bersama
sehingga aku merasa tiada rahasia antara kita .. 

masih ingat lagi hal yang sering kita lakukan bersama
sehingga aku lupa untuk tulis setiap satu dari nya ..

ini bukan cerita dongeng yang aku reka semata mata 
ini cerita yang aku sendiri mengigatnya sewaktu kita bersama....

-perempuanoct-


Monday, 18 November 2013

HIDUP ITU PILIHAN


hidup adalah pilihan! memang dah lama aku tunggu
untuk pilih jalan hidup aku tapi sesungguhnya aku
harus sedar yang hidup ada dua jalan, iaitu pilihan.

memilih untuk tinggalkan mereka yang aku sayang.
hanya untuk mereka yang ada disekeliling aku sejak
dari angka umur yang setahun rebung berhingusan.
atau TERUS tetap b'sama mereka yang aku sayang?


apakah mungkin senang untuk aku. tapi aku tahuu
hati aku, hati aku betul untuk pilih jalan tepat  aku.
terima kasih SAYANG... sebab sedarkan aku yang
sebenarnya dunia tk kejam dan tak macam macam.

-PEREMPUANOCT-

Tuesday, 12 November 2013

mengenang nasib

Di saat waktu ber-henti
kamu duduk kenang nasib..

Terjelma sebuah kesedihan
di mana kamu telan dengan
rasa kepahitan sehingga lah
merasakan tiada sedikit pun
kemanisan sedangkan ada
sebuah kebahagiaan
di situ..

Monday, 7 October 2013

Sesaat

Sesaat mengenalmu saja sudah suka
bagaimana seribu saat...
bagaimana jutaan saat..
adakah hati ini akan cukup suka ?
atau aku yang akan berduka ?

ah celaka cinta,

sesaat itu aku berjalan dalam pejam
ah bagaimana mau hidup dalam realiti
sedangkan aku lebih suka berfantasi
sembunyi untuk berjumpa realiti
adalah kebodohan perempuan ini..

ini aku...

disini aku duduk mengenang nasib
dalam jiwa yang penuh sampah
dalam hati yang mana jika dipanas
ungun api belum tentu kau dapat walau titisannya

aku pernah punya sayang
tapi kini sayang ku sudah terbang melayang..




Tuesday, 1 October 2013

Dah masuk Oktober

assalamualaikum.

Dah masuk bulan oktober. kejap je rasa. aku harap oktober ni cepatlah berlalu sebab aku rasa tak perlu kot mengenang hari ulang tahun yang sebenarnya setiap tahun sama. rasa dah besar dan tak perlu tak perlu semua ni. cukup doakan kebahagiaan aku. feeling alone

serious ! aku tak mengharapkan apa apa pada oktober ni. ok jangan cakap aku nak minta apa aku cuma nak minta bulan ni cepat berakhir. itu aje.

lagi satu, buat mat yo yang aku jumpa pada september lepas. harap mat yo tu hilang ingatan lepas ni dan lepas bangun tidur dia akan ingat aku bukan aku tapi "victoria"  em macam haroomme je. lihat dimata semua nampak stay_d belaka tapi syukur dan berterima kasih sebab tuhan tahu sebenarnya tak baik untuk aku.

Okbye

suara perempuan


buat lelaki manis,
aksara berbunga yang aku susun dan tulis
dengan penuh suka itu berhenti
dilembaran keberapa entah..

lelaki manis kalau kamu dengar ini,
aku sudah berada pada fasa menjadi
perempuan kecil yang perkasa,

lelaki manis kalau kamu dengar ini,
aku sudah jauh lari dari menjadi
perempuan kasihan yang ranap
jatuh berkali kali dan hanya tahu
merembes air mata memohon
belas kasihan depan kamu.

kita sudah sebenarnya sangat jauh
jadi silakan pergi sayangku silakan..

kerana aku lebih petah begini.
1 october 2013 yang aku benci

credit soundcloud - perempuan perempuan patah hati

Sunday, 29 September 2013

Lemas

Lemas,
aku lemas dalam perasaan sendiri,
barangkali ada pria yang cuba,
memboloskan diri,
di balik hati kosong,
tapi mengapa kau tikam dindingnya,
aku sakit !

mengapa tidak katakan padaku,
gampangkan kau guna kuncinya?

-PerempuanOct-

Tuesday, 24 September 2013

pemuja rahasia


wahai pemuja rahasia
sudikah kamu mendengarnya
setiap baris baris sampah ini
yang belum tentu kamu faham isinya

wahai pemuja rahasia
di dada ku menyimpan keinginan
di hatiku penuh kerinduan
hanya sesaat tatapan
hanya secebis pengaguman
setiap darinya terselit sebuah harapan
bagaimana untuk aku sampaikan kepadamu jika setiap detik aku kelu?
dalam hatiku ada rasa yang aku sendiri sudah lupa untuk menamakannya

buat yang si pemuja rahasia sahaja

-perempuanOct

Tuesday, 17 September 2013

kejam

Bila kau sentiasa mengejar mereka meraka yang dapat mencapai impian
kau sementara kau buang mereka mereka yang sangat kau kasih . kejam


Wednesday, 11 September 2013

sepi lagi

Dinginya malam ini
menemani sepi hati
aku berjalan
langkahku perlahan
tiada siapa ku lihat
sepi lagi__

aku mula lelah bagaikan tiada udara
aku tercari cari
apakah aku seorang disini
sepi lagi__

Dia
siapa dia?
siapa kau?
sepi__

bemula nafas ku
aku bangun
siapa dia dalam mimpiku tadi
airmata menitis
malah
semakin laju
sepi__

perlahan lahan nafasku
sepi__

Dia.....
dia yang pernah masuk kedalam hidupku
dia yang pernah membuang kesepianku
kini
sepi lagi___

#SEPI binibeckham

Wednesday, 4 September 2013

Kawan selalu kata

Kawan kata,
Dalam dunia ni kita tak mempunyai sesiapa kecuali diri sendiri..

Kawan kata,
Hidup ni tak susah sebab dia sentiasa ada untuk saya..

Kawan kata,
Sesekali jadilah pendengar untuk dia dari hanya bercerita..

Kawan kata,
Nasihatlah dia bila terleka maafkan dia bila terluka kerana dia takan selamanya ada..

Kawan kata,
Dia juga manusia ada kelemahan yang sentiasa menjadi pengekor setia..

kawan kata,
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan dia..

Kawan kata,
Walaupun dia selalu ketawa tapi dia tidak setabah yang aku disangka..

Kawan kata,
Nanti mesti aku rindu dia..tapi aku tak percaya!

Kawan...
Kawan..
sekarang aku nak kata aku rindu kau, aku ingat semua cerita kau yang aku rasa tah pape.
kawan sekarang aku rasa dunia aku dah berubah.
kawan betul cakap kau...kau tak selamanya ada.
tapi aku nak cakap.

Terima kasih sebab pernah jadi kawan aku..







Wednesday, 28 August 2013

Jogjakarta, indonesia

assalamualaikum,

Harini ntah kenapa eksited apa tah tetiba rasa nak update masa jalan jalan ke jogjakarta haritu.hee ok jom jalan jalan kat jogja mula mula kiteorang touchdown je kat airport destinasi pertama yang kiteorang tuju mestilah hotel namanya hotel ibis, berada di bandar maliboro dekat juga dengan pusat membeli belah,maka senanglah nak melabur $$  Hihi


Hotel ibis,maliboro

kemudian, kami kepantai yang terkenal yang digelar pantai prantis EH parangtitis EHH parangtritis!! hamboi susahnya nak sebut nama pantai je pun. serious, aku tak backspace pun nama pantai tadi salah pun lantak hu kat situ lain sikit dari pantai kita tak reti nak cakap macam mana tegok la sendiri.tapi yang penting ada kuda.

nampak tak dia tu yang pakai topeng tu nama dia johnydeep.

ok habis cerita pantai parangtitis haha lantaklah eja salah pun. kemudian hari kedua kiteorang ke gunung berapi pulak masa tu dah meletup dah rasanya gunung berapi akan meletup 6 tahun sekali. kire dah tahu bila meletupnya taklah takut sangatkan. tapi kalau nak ke gunung berapi kena naik motor scramble. 

posing je bukan pandai pun bawak driver motor tu kami suruh jadi photographer hee

batu besar atas gunung berapi..

kawasan gunung berapi bak ang.

ni adalah salah satu bunga yang hanya tumbuh di kawasan gunung berapi nama dia bungga kekal. cantikkk aku beli satu letak dalam bilik. tak rosak kauu. ok habis cerita hari pertama dan kedua 
ok esok kita sambung ke chandi borobudur ...



Thursday, 22 August 2013

memang aku sedih



Di batas senja ini,

indahnya mengusir kesedihan..

namun sebentar lagi akan pergi…

malam pun akan datang untuk menemani..

aku cuba nikmatinya walaupun hanya  sendirian…

bila mengenangkan  masa – masa kecil..

dimana aku masih belum mengenal kehidupan….

aaah waktupun telah lama berlalu…..

mataku menagis kerana sepi ..

dalam gelap biar tak dapat melihat..

namun dapat aku rasakan hidup ini penuh bersama drama..

susah …

susah untuk meneruskan kehidupan yang sgt rumit ini..

kadang kala kehidupan aku hanya bertemankan kesabaran..

kerana apa??...


kerana …hanya itu yang masih tersisa..


Layan perasaan jeer hihi

Monday, 29 July 2013

mimpi mendapat duit yang banyak

assalamualaikum,

di pagi bulan ramadhan ni aku nak kongsi satu cerita, act bukan cerita tapi satu mimpi tett berhenti disitu.
mimpi yang aku nak cerita ni adalah pasal duit,gila kau pasal duit mau aku terkebil kebil sejam lepas bukak mata.hmm,duit kot.bukan sikit sikit tapi 1+++ haa gitu pikir la sendiri. hu3 :)

memandangkan mimpi aku ni adalah dibulan ramadhan yang mulia ini, saitan saitan telah pun diikat,dimana pun aku tatahu,aku pun fikir boleh jadi mimpi aku ni bukanlah mainan saitan dan kemungkinan besar ada maksudnya. yelah tak akan nak bagi direct mimpi mesti bagi klu dulu.kahkah

Bangun pagi, aku pun berusaha mengoogle semua cerita pasal mimpi last jumpalah maksud mimpi duit yang banyak.antaranya yang aku jumpa -------->

1. mimpi mendapat duit   : akan mendapat penyakit.
2. mimpi gigi tercabut     : orang terdekat akan meniggal.
3. mimpi dapat bayi   : ada seseorang menghantar benda buruk.
4. mimpi jalan yang sempit : mendapat kesukaran.
5. mimpi tangga rumah patah   : anda akan dikhianati
6. mimpi rambut putih  : akan cepat beruntung dalam usaha
7. mimpi bermata buta : harus berhati hati dalam pekerjaan.
8. dipatuk ular  : akan menamatkan zaman bujang tak lama.
9. mimpi menabung wang : akan dibenci atau diperdayakan orang.
10. mimpi menyebarkan wang : anda akan kerugian.

sekian tafsir mimpi dari saya, macam mana pun mimpi kita terpulang pada diri sendiri untuk percaya ianya hanyalah mainan tidur tapi kebiasaanya mimpi yang bernar berlaku adalam 1 jam lena atau sebelum subuh, bagi saya 50% sudah cukup jangan nanti memudaratkan diri sendiri.

Tuesday, 14 May 2013

Tinggal sebilik bersama

Nampak macam cool jer tajuk ni tapi bila bila masa ianya boleh menimbulkan ketidakcoolan lagi sekiranya kerharmonian teman sebilik ni hilang, jom kita usyar balik pada diri kita dulu sebelum kita menunding jari pada pihak kedua ketiga atau keempat. kita juga kena tahu roomate kita jenis macam mana senang kata kaji dulu. apa yang dia suka dan apa dia tak suka, agak pentinglah kut,sebab kalau kita nampak dia suka tapi sebenarnya dia tak suka teruk rasanya.kadang kadang ada yang jenis senyum je walaupun touching jaga-jaga .alhamdullilah buat masa ni roomate saya semua cool haha nie 6 tips untuk kekalkan keharmonian rakan sebilik :)  :

hormat rakan sebilik

  • hormat rakan macam kita hormat orang tua, jangan megeluarkan kata-kata kesat (sebagai gurauan) direct pada dia,melainkan kalau kita tahu dia memang ok je kalau cakap begitu begini tapi jangan sampai melampaui batas pulak yer.kalau dia solat jangan buka lagu kuat kuat,jangan melakukan sesuatu yang mengangu concentret dia .
kongsi minat
  • Dalam berkawan ni perkara yang paling best ialah kongsi minat bersama kalau dah tahu apa minat dia apa kata lakukan bersama sama oleh itu rasa dihargai dan hidup ni terasa tidak kekosongan.tapi kalau minat tak sama apa kata,kita buat dua dua,sekali sekala buat apa yang rakan minat dan sekali sekala buat apa yang kita minat sama-sama kan adil gitu.
jaga kebersihan bilik bersama
  • Ni kalau hujung minggu bila masing masing free duduk relaks tu elok sama sama kemas bilik, tapi ingat jangan buat sorang sorang, apa kata kita ajak "eh jom kemas bilik harini" *senyuuummm* baru tak nampak selfish sebab kadang-kadang kalau kita buat sendiri yang lagi sorang akan rasa kita ni bajet bagus atau nanti mesti suka mengungkit sebab kemas sorang. haaaa kan. 
jangan cerita belakang
  • kadang kadang manusia ni depan elok, muka suci walaupun ada masalah tapi belakang macam ketua syaitan minta elakanlah sebab ini akan mempengaruhi perhubungan dalam masa yang agak lama dan sukar untuk dimaafkan lagi.macam drama "tiada maaf bagimu" kerana ini telah menyebabkan campur aduk orang luar dan sedikit sebanyak menjatuhkan maruah seseorang jadi lebih baik duduk minum kopi dan berbincang secara rasional :) ingat jangan bawa masalah ke pengetahuan pihak lain.
privasi 
  • Maksudnya privasi dari segi waktu, barang dan hal hal peribadi. jangan memandai mandai nak usik hak orang sekarang ni ramai yang suka on status kalau kawan tak logout mungkin perkara ni melucukan tapi bg sesetengah pihak sensitif benda ni. privasi waktu pula especially waktu tidur dan sembahyang, jangan la kita gangu kalau nampak mereka sedang beristirehat,beribadat ataupun sedang on call membincangkan hal hal penting.
reaksi yang tidak baik
  • Perkara yang terakhir juga rasanya penting, sesetengah orang saya tengok lebih suka bermasam muka kalau ada salahfaham sedangkan yang lagi sorang tak tahu apa salahnya. nasihat saya, apasalahnya bagitahu yang kita tak selesa dengan cara dia dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi jangan tunjuk reaksi yang tidak baik ok.

p/s : ini je yang dapat saya kongsikan bersama harap dapat dimanfaat untuk saya juga, sebagai manusia yang tak lari dari kesilapan mungkin pernah buat tapi boleh dijauhkan muhasabah diri sendiri penting sebelum kita muhasabah orang lain insyaallah :)


Sunday, 21 April 2013

Mengapa masih dijalan yang sama

Assalamualaikum, reader dalam tidak kita sedari masa berlalu sambil berlari tapi kita masih di sini menyusur mentari yang tidak menanti kenapa kita masih ditelapak yang sama. sedarkah kita masa itu sedang berlari mengapa tidak kita mengejar  mereka sedangkan mereka akan tinggalkan kita, bila tiba masanya tiada lagi peluang untuk kita manghampiri masa bila nafas itu adalah yang terakhir nikmat itu semua diambil  tapi mengapa biarkan saja iaya berlalu tanpa menunggu sedangkan kita tahu semua kebenaranya adalah benar  tidak ingatkah janji kita sebelum dicampak ke dunia.dimana janji kita untuk beribadat dan patuh segala suruhan.

Sempurnakah solat kita, dimanakah kita sedang azan subuh berkumandang,dimana kita bila waktu maghrib datang,puasa kita tanpa merungut, taatkah kita pada ibu dan ayah,sudah rasa cukupkah amalan kita yang sebenarnya hanyalah sedebu sahaja,bagaimana mahu perjudikan amalan kita disana kelak, diterimakah atau penyesalan yang tidak bertepi ya allah aku takut andai rambut ku dibakar panasnya ya allah.andai badanku dibelit ya allah tak sanggup nak aku bayangkan semua ni.tapi andai itu adalah ganjaran atas dosa kita terimakah kita? ingatlah,berapa ramai yang meminta dihidupkan diatas dunia hanya untuk beribadat kerana allah swt mereka adalah orang-orang yang hanya mengejar kesenangan dunia yang menipu mereka.

mari beristifar,

Astagfirullahal'azim,
Astagfirullahal'azim,
Astagfirullahal'azim,

Tiada kehidupan dunia kecuali kesenangan yang menipu dan ingatlah janji yang kita keluarkan diatas sana dari dunia hingga akhirat bahawasanya tiada tuhan melainkan allah dan nabi muhammad saw rasulnya dan bahawasanya mati adalah benar, alam kubur adalah benar kenikmatan dan seksaanya adalah benar(ya allah),pertanyaan malaikat mungkar nagkir adalah benar,kebangkitan darinya adalah benar,syafaat nabi muhammad saw adalah benar,pertemuan dengan allah bagi ahlinya adalah benar!

mengapa masih berdiam diri berubahlah taatlah sujudlah nescaya kita akan menerima ganjaran yang setimpal.jangan takut untuk bertaubat "wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat allah sesungguhnya allah maha mengampunkan dosa dosa semuanya.sesungguhnya dialah yang maha pengampun dan penyanyang.


Thursday, 11 April 2013

keliru nak pilih yang mana

Assalamualaikum
My second post masa berlalu begitu pantas sedar tak sedar dah lima bulan aku tamat belajar dalam bidang IT diploma je kut hehe dan  lepas tamat belajar mesti la masing masing berlumba-lumba nak cari pekerjaan yang bagus dan setimpal dengan kelulusan yang ada, dalam masa sebulan je berapa banyak resume yang aku hantar sampai aku sendiri lupa tempat yang aku hantar muahaha agak susah nak cari kerja zaman sekarang ni dalam banyak-banyak tempat yang aku interview masing-masing tak nak amek fresh graduate dalam kata lain walaupun dah menghempas pulas belajar selama tiga tahun kalau tade pengalaman pun tak guna [pengalaman tu penting] . Alhamdullilah, dengan hati yang tegar aku bersungguh sungguh sebab nak cari pengalaman sebab aku tahu kalau pergi mana mana pengalaman tu penting.
Selepas beberapa bulan, seperti yang dijanjikan tapi in the same time ada pulak orang offer kerja dengan gaji ++++ . sekarang nak pilih mana satu pun tak tahu katakan indah khabar dari rupa takut "menyesal" sungguh aku keliru.siapa yang tak nak gaji mahal kerja senang bila difikir fikir lebih baik bersabar jangan tamak sebab orang tamak selalu rugi :)