hormat rakan sebilik
- hormat rakan macam kita hormat orang tua, jangan megeluarkan kata-kata kesat (sebagai gurauan) direct pada dia,melainkan kalau kita tahu dia memang ok je kalau cakap begitu begini tapi jangan sampai melampaui batas pulak yer.kalau dia solat jangan buka lagu kuat kuat,jangan melakukan sesuatu yang mengangu concentret dia .
kongsi minat
- Dalam berkawan ni perkara yang paling best ialah kongsi minat bersama kalau dah tahu apa minat dia apa kata lakukan bersama sama oleh itu rasa dihargai dan hidup ni terasa tidak kekosongan.tapi kalau minat tak sama apa kata,kita buat dua dua,sekali sekala buat apa yang rakan minat dan sekali sekala buat apa yang kita minat sama-sama kan adil gitu.
jaga kebersihan bilik bersama
- Ni kalau hujung minggu bila masing masing free duduk relaks tu elok sama sama kemas bilik, tapi ingat jangan buat sorang sorang, apa kata kita ajak "eh jom kemas bilik harini" *senyuuummm* baru tak nampak selfish sebab kadang-kadang kalau kita buat sendiri yang lagi sorang akan rasa kita ni bajet bagus atau nanti mesti suka mengungkit sebab kemas sorang. haaaa kan.
- kadang kadang manusia ni depan elok, muka suci walaupun ada masalah tapi belakang macam ketua syaitan minta elakanlah sebab ini akan mempengaruhi perhubungan dalam masa yang agak lama dan sukar untuk dimaafkan lagi.macam drama "tiada maaf bagimu" kerana ini telah menyebabkan campur aduk orang luar dan sedikit sebanyak menjatuhkan maruah seseorang jadi lebih baik duduk minum kopi dan berbincang secara rasional :) ingat jangan bawa masalah ke pengetahuan pihak lain.
privasi
- Maksudnya privasi dari segi waktu, barang dan hal hal peribadi. jangan memandai mandai nak usik hak orang sekarang ni ramai yang suka on status kalau kawan tak logout mungkin perkara ni melucukan tapi bg sesetengah pihak sensitif benda ni. privasi waktu pula especially waktu tidur dan sembahyang, jangan la kita gangu kalau nampak mereka sedang beristirehat,beribadat ataupun sedang on call membincangkan hal hal penting.
reaksi yang tidak baik
- Perkara yang terakhir juga rasanya penting, sesetengah orang saya tengok lebih suka bermasam muka kalau ada salahfaham sedangkan yang lagi sorang tak tahu apa salahnya. nasihat saya, apasalahnya bagitahu yang kita tak selesa dengan cara dia dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi jangan tunjuk reaksi yang tidak baik ok.
p/s : ini je yang dapat saya kongsikan bersama harap dapat dimanfaat untuk saya juga, sebagai manusia yang tak lari dari kesilapan mungkin pernah buat tapi boleh dijauhkan muhasabah diri sendiri penting sebelum kita muhasabah orang lain insyaallah :)
tips terbaik ni.ngee
ReplyDeletehuhuhuhu
Deletemasa saya stay asrama dulu,riuh gila bilik. kak2bilik sporting! rindu pulak suasana asrama. ^-^
ReplyDeleteme too :'(
ReplyDeletetgk entri awk tringat rakan roomate saya...T_T
ReplyDeletesemoga roomate awak ingat awak juga yer T__T
Delete