Wednesday 4 September 2013

Kawan selalu kata

Kawan kata,
Dalam dunia ni kita tak mempunyai sesiapa kecuali diri sendiri..

Kawan kata,
Hidup ni tak susah sebab dia sentiasa ada untuk saya..

Kawan kata,
Sesekali jadilah pendengar untuk dia dari hanya bercerita..

Kawan kata,
Nasihatlah dia bila terleka maafkan dia bila terluka kerana dia takan selamanya ada..

Kawan kata,
Dia juga manusia ada kelemahan yang sentiasa menjadi pengekor setia..

kawan kata,
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan dia..

Kawan kata,
Walaupun dia selalu ketawa tapi dia tidak setabah yang aku disangka..

Kawan kata,
Nanti mesti aku rindu dia..tapi aku tak percaya!

Kawan...
Kawan..
sekarang aku nak kata aku rindu kau, aku ingat semua cerita kau yang aku rasa tah pape.
kawan sekarang aku rasa dunia aku dah berubah.
kawan betul cakap kau...kau tak selamanya ada.
tapi aku nak cakap.

Terima kasih sebab pernah jadi kawan aku..







1 comment: