Tuesday 1 October 2013

suara perempuan


buat lelaki manis,
aksara berbunga yang aku susun dan tulis
dengan penuh suka itu berhenti
dilembaran keberapa entah..

lelaki manis kalau kamu dengar ini,
aku sudah berada pada fasa menjadi
perempuan kecil yang perkasa,

lelaki manis kalau kamu dengar ini,
aku sudah jauh lari dari menjadi
perempuan kasihan yang ranap
jatuh berkali kali dan hanya tahu
merembes air mata memohon
belas kasihan depan kamu.

kita sudah sebenarnya sangat jauh
jadi silakan pergi sayangku silakan..

kerana aku lebih petah begini.
1 october 2013 yang aku benci

credit soundcloud - perempuan perempuan patah hati

No comments:

Post a Comment